KINI BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH

A Reality of Life Is More Than a Drama

All That Happens There is a Silver Lining. Setiap Apa yang Terjadi Ada Hikmah disebaliknya.

music

Friday 9 January 2015

SELAMAT TINGGAL AWAK



Seorang yang kadangkala tidak tetap pendiriannya..itulah saya. Namun, saya harap kali ni saya mampu untuk menetapkan pendirian saya. Saya..saya nekad ingin melupakan awak dan menghapus segala perasaan saya terhadap awak. Walaupun bukan semudah itu, tapi.. insyaallah saya mampu cuma masa yang menentukan bilakah ianya berhasil. Mungkin bagi awak..melupakan saya bukanlah perkara yang agak susah memandangkan tiada kenangan kita bersama melainkan hanya sekadar teman bersembang di alam maya. Tapi, bagi saya.. meskipun hanya tiga kali pertemuan kita,tapi itulah yang akan saya kenang.

Awak sedia maklum bahawa awak adalah insan pertama yang hadir dalam hati saya (selain keluarga) yang bukan sekadar singgah tetapi pernah menetap dan berkurung dalam sangkar hati saya ni. Bunyinya agak sentimental kan? Jiwang la pulak. Awak nak tau? Sejak saya mengenal awak, sejak itulah ayat saya teratur kemas dan mungkin agak sedap bunyinya(angkat bakul sendiri la pulak) Idea akan datang bila saya terfikir dan terkenangkan awak. Mungkin agak sukar untuk dipercayai..tapi itulah kenyataannya. Saya tahu dan sedar bahawa saya tidaklah jujur dalam semua bicara. Tapi,satu hal yang perlu awak tau, setiap luahan saya pada awak adalah benar dan sememangnya lahir dari hati saya walaupun ketika saya meluahkan mungkin adakalanya seolah-olah saya tidak serius,main2,gelilah dan agak malu.

 Sebelum ni saya pernah kata dengan awak bahawa jika awak dah menemui insan lain,saya akan terima asalkan awak bahagia. Saya masih ingat pujukan awak tika ada suatu malam tu. " ...... jangan tinggalkan abang" suara yang agak sayu kedengaran masih terpinga-pinga lagi di ingatan. Saya kata yang saya tak tinggalkan awak kan? Pada masa tu saya just cakap yang saya takkan tinggalkan awak kan..ada saya janji? Takkan? So, saya terlepas lah.. haha.. nampak tak permainan nye disitu? (Ayat budak zaman sekarang) hehe..just kidding.. see, i can mix my feeling. Adakalanya saya dalam kesedihan dan pada masa yang sama situasi di sekitar agak ceria n biasa2 je. Tapi saya berjaya balance kannya. Majoriti kalau orang bersedih terutamanya soal cinta akan frust menonggeng,tergolek la dan arghh pape je lah kan? Tapi saya kira oklah. Saya lebih suka apabila mengalami dua situasi yang berbeza kerana saya boleh memilih untuk tampil dengan luaran yang ceria or biasa2 je meskipun tetap tidak boleh jadi top of the feeling dalam hati ni melainkan kesedihan.(macam pelik sikit bunyinya,harap sesiapa yg baca boleh faham)

Saat saya dalam kesedihan, perkara pertama saya buat ialah saya berdoa agar nanti  Allah menggantikan kesedihan saya dengan kebahagiaan. Selain itu(dah macam buat karangan bm la pulak) saya akan bergaul dengan orang yang gembira supaya saya boleh merasa turut gembira. Dan satu lagi, berpura-pura tiada apa2 pon yang mengganggu hati dan fikiran. Itu sajalah cara untuk saya hapus kesedihan buat sementara. Saya takkan luah kan apa yang saya alami ni pada orang lain selagi kesedihan yang teramat tidak reda kerana saya ni sebenarnya lemah walaupun pada sudut luaran nampak kuat menahan perasaan. Kenapa saya boleh katakan yang saya ni lemah? Sebab.. owhh i hate crying,ye..itulah dia, saya mungkin akan mengalirkan airmata jika saya luahkan ketika itu. Tentang jawapan yang pernah saya beri semasa luahan awak dulu iaitu saya tak tinggalkan awak. Namun kita sedia maklum, keadaan yang memaksa saya pergi tinggalkan awak cuma tak pasti sampai bila. Saya rasa saya dah tak diperlukan lagi,jadi bukankah sebaiknya saya pergi? Mungkin itu juga lah caranya untuk saya lupakan awak dan hapuskan perasaan terhadap awak  yang pernah hadir.

Mungkin..awak tak dapat merasai kepergian saya dalam hidup awak.Awak pon mungkin tak kesah lagi kan jika saya pergi dari awak.. Tidak mengapalah, jika kehadiran saya justeru turut membuat awak terus hidup dalam keadaan serba salah sememngnya keputusan untuk saya pergi adalah yang terbaik. Maafkan saya jika kepercayaan saya dah beransur hilang pada awak, hati yang dulunya begitu sayang kini semakin menawar tapi yang saya masih tak mengerti, mengapa rasa sayang tu tetap ada lagi walaupon sudah semakin tawar dan walaupun hati ini agak terluka disebabkan awak. Hmm.. i dont get it.
Apa2 pon,semoga awak akan sentiasa bahagia bersama orang2 yang awak sayang. Saya harap mereka sentiasa hadir dikala awak senang mahupun susah.. Dan saya akan sentiasa berdoa untuk orang2 yang saya sayang, tentang apa yang saya doakan..biarlah menjadi rahsia antara saya dan Allah.


Betul ke ni??
Saya yakin.. "Jika kita berkorban untuk sesuatu yang kita sayang nescaya,Allah akan balas dengan sesuatu yang begitu bermakna untuk kita suatu hari nanti.. dan kesedihan yang kini kita alami, pasti akan Allah gantikan dengan suatu kebahagiaan yang kita sendiri tidak sangka2"  itulah kata2 pemberi semangat pada saya tika ini.

Lagu tu saya tak delete pon sebenarnya, saya cuma sorok n privatekan tapi sekarang ni tak..biar jelah http://m.youtube.com/watch?v=BJ6XPF0biYc





Thursday 1 January 2015

01/01/15




1 hb 1 2015 adalah salah satu tarikh yang sentiasa ditunggu-tunggu bagi dua insan. Perjanjian yang dibuat oleh seorang budak lelaki ketika masih di bangku sekolah terhadap seorang budak permpuan yang muda setahun daripadanya. Masing2 belum berfikir dengan cukup matang. Perjanjian yang dibuat mungkin disebabkan keadaan yang memaksa ataupun kerana hati. 2013 perjanjian itu dibuat. Lama kan bunyinya? Orang yang sedang menunggu terasa lebih lama berbanding kita yang mendengar tempoh masa itu jika dihitung. Sebermulanya perjanjian itu dibuat, mereka berdua berhenti berhubung buat seketika. Tapi, masing2 seolah-olah tidak boleh menahan daripada rasa rindu. Mencari2 cara untuk berhubung. Agak kelakar(mungkin bagi aku), mereka ber main2 komen di fb pada gambar yang diprivasi oleh mereka. Dengan cara berkomen, mereka fikir mereka boleh lari sedikit daripada peraturan yang ditetapkan oleh budak lelaki tu. Permainan berkomen itu hanya sekadar hiburan sementara buat mereka pada akhir hujung tahun 2013.

Ekh.. sat2. Senang ceghita ceq tukaq la, BUDAK LELAKI -> mr.R  and  BUDAK PEREMPUAN -> miss S (dah macam iklan la pulak) bukan pa senang ceq nk type.hehe.. ok2 berbalik pada cerita tadi. 2014, mereka berhenti daripada berhubung tidak kiralah dengan cara apa sekalipon. Hari berganti hari.. selang beberapa bulan(2014) mr R make a call to miss S.Tentang peraturan agar tidak berhubung tu dilupakan. Mr R ada mengatakan mengenai perjanjian yang lama. Dia seolah-olah menyesal membuat perjanjian sebegitu. Almaklumlah,masa tu budak2..fikir tak jauh. Bila dia dah ke dunia luar.. baru dia mengerti (jangkaan aku je tu) Mr. R minta agar miss S tidak terlalu berharap dan pasal perjanjian tu.. tak tau lah(aku lupalah..part tu) Masa tu, miss S masih tak matang sikit sebagaimana mr R yang mula mengenal kehidupan luar kotak.(apa aku mengarut ni..err..) miss S beranggapan,mr R tak serius dan mungkin dah jumpa orang lain.


Miss S tetap menunggu.. dan menunggu... dia juga bersiap sedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Lama kelamaan baru dia fikir akan kata2 mr. R pada masa yang lalu(yang rangkap atas ni) Pada pertengahan bulan iaitu ketika miss S baru selesai menduduki Trial SPM, mereka bermula semula berhubung. Masing2 jauh lebih mesra ketika bersembang dalam laman sosial. Otp hingga pagi.. pernah ada satu hari sampai masuk subuh. Haha... Masing2 menjadi open minded,perasaan masing2 diluahkan. Betapa bahagianya ketika itu. Setelah hampir sebulan mereka kerap berhubung miss S ingin memberi hari 2 tertentu dimana mereka bermesej memandngkan SPM hanya tinggal sebulan saja lagi. Mr R memberi cadangan agar mereka meneruskan sebagaimana tarikh perjanjian kerana baginya tidak seronok jika biar ia tergantung begitu saja.Pada hari itu jugalah mungkin tamatnya sebuah kegembiraan buat miss S .

...menunggu dan menunggu kepergian masa..berharap agar masa itu berlalu dengan lebih pantas. Tamat sudah SPM buat miss S. Mr R kembali semula dalam hidup miss S. Sungguh tidak dijangka. Adakah mr R turut merindui miss S? Itulah yg difikrkan miss S. Atau andaian kosongnye itu meleset? Hanya Allah dan mr.R itu sendiri yang boleh menjawabnya. Kemunculan mr R kali ini memberi tanda tanya buat miss S. Mengapa mr R sudah tidak seperti dulu,meskipun hanya sekadar bermesej, miss S dapat merasakan sesuatu yang lain terhadap mr R. Dia diamkan saja dan masih berfikir positif.  Lama-kelamaan,apabila sudah tidak tertahan,dia mula luahkan rasa ketidakpuashatiannya. Hati miss S sedikit kecewa setelah mr R mengatakan bahawa perasaan nya pada miss S seolah-olah sudah tiada dan perlu diwujudkan kembali. Namun, kekecewaan itu tidak boleh menandingi  kekecewaan miss S setelah mendapat tahu bahawa ada insan lain yang sudah mampu memberikan kegembiraan buat mr R. Terasa seolah-olah dirinya sudah tidak diperlukan lagi. Ternyata..benar dugaannya..ini adalah realiti dan bukan fantasi mahupun khayalannya. Miss S sanggup berundur.

Apakah perasaan yang sebenarnya dialami oleh miss S ketika itu? Diam,terkaku..namun,dia terus kuat semangat. Marah? Sakit hati? Geram? Sedih? Kecewa? Tipulah jika tiada istilah tersebut yang melintasi hatinya yang kian remuk itu. Tangisan batin yang lebih ekstrem berbanding zahir. Namun dia terus kuatkan semangat, dia tak ingin menjadi lemah. Berfikir ke hadapan, tenangkan diri,positifkan minda dan yang penting hanya berserah pada Allah. Beransur-ansur dia meredakan hatinya,mengharap pertolongan dari Allah. Kita merancang,Allah  yang menentukan.Miss S Beranggapan bahawa semua yang terjadi ini meskipun bukan seperti apa yang diharapkan dia tahu...semua ni adalah ujian Allah terhadapnya dan tidak perlu dikesalkan. Dengan cara memberi tanggapan begitulah sedikit sebanyak mampu memberi kekuatan pada diri meskipun ia sulit untuk dilalui. Mr R akan menjadi ingatan, cinta pertama yang akan sentiasa dikenang. Memberi pengajaran kepadanya tentang cinta. Meskipun pada orang lain, dia mungkin dipersalahkan kerana melukakan hati miss S namun, miss S masih menyayangi mr R dan doanya agar mr R bahagia takkan pernah putus.insyaallah..

miss S akan ada sentiasa untuk mr R tapi selagi hati miss S belum beralih arah. Bukan bermakna miss S seorang perempuan yang kelihatan terhegeh-hegeh seolah-olah terdesak tapi...mungkin itulah CINTA. Walaupun miss S mungkin masih terlalu muda untuk membicara mengenai cinta tapi apa yang dia mengerti.. cinta,kadangkala tak semestinya dibalas. Tidak semestinya juga kita akan bersama dengan orang yang kita cintai. Jika kita rela berkorban demi orang yang kita cinta dengan cara membiarkan dia pergi bersama orang lain. Jika itulah kebahagiaan dia,kita takkan menghalang kerana apa yang penting dia bahagia. Biarlah kita merinduinya meskipun dia tidak merindui kita. Biarlah kita masih ingin mengambil berat pasalnya meskipun dia sudah tidak peduli pasal kita. Biarlah kita masih menyayanginya meskipun tiada istilah sayang lagi darinya buat kita. Dan biarlah kita masih mencintainya meskipun tiada ruang lagi nama kita untuk ditempatkan dalam hatinya. Biarkan hidup ini dalam bayangan sendirian. Miss S terima. Walau orang yang mengetahuinya beranggapan semua ini seolah-olah gila.
 Ya Allah, ya rahman ya rahim sesungguhnya dia lah yang maha berkuasa atas segalanya. Segala kesedihan,segala dugaan diterima.. walaupun kadangkala yang terjadi ini nampak salah dimata kita tapi percayalah, Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik.. Jadi,mungkin ini yang terbaik..Allah takkan pernah silap percaturan.. Percayalah. (Motivate myself)


Ikuti kisah yang lebih mendalam dalam keluaran cerpen @ novel yang mungkin akan diterbit dan dikeluarkan nanti.

Cehh.. ye2 je aku ni. Haha.. ekh2 mane lah tau..dalam pembikinan ke sekarang ni. Tapi..ade ke yang nak beli novel aku?err.... -_- (jenaka seketika)

Krik krik Zzz...




Tuesday 30 December 2014

Ya Allah...aku keliru dengan perasaan aku sekarang ni. Aku tak berdaya melihat insan yang aku sayangi sedang bersedih dan seolah-olah patah hati. Kenapa dengan dia ya Allah? Kenapa? Adakah dia tidak bahagia sekarang ni? Ingin sekali aku mendengar rintihan hatinya. Tapi,apa yang boleh aku lakukan sedangkan arghh... hatiku berbelah bagi untuk masa ni. Aku fikirkan kawan2 aku,pada masa yang sama aku turut memikirkan dia. Kawan2 aku sememangnya marah sangat pada dia. Mereka meminta agar aku lupakan dia,banyak lagi orang lain di luar sana. Ketika mereka kata begitu, aku masih dalam keadaan keliru.. dan ada juga yang tak nak kawan ngan aku lagi jika aku terima dia. HMM.. tak tau nak kata apa.

Aku marah dengan dia? Entahlah..kalau marah pon kadang2. Hari tu,time aku luahkan pada kawan..aku pon dah jadi agresif sekejap,aku pon join sekali marahkan dia maklumlah.. bila kita tengah rasa arh.. (aku pon jadi taktau nak kata rasa apa sebab2 aku seolah-olah terkaku seketika selepas aku mengetahui hal yang mengecewakan aku tu) Tapi rasanya,sekarang ni tak sebab aku dah boleh lupakan. Aku ni kalau ada rasa marah kat sesapa pon,marah tu takkan lama. Percayalah..walau pon kadang2 bila dah sekali marah mungkin kata2 sedikit kesat tapi kemarahan tu takkan lama.Aku just fikir,semua yang terjadi adalah ujian Allah semata. Dan apa yang Allah takdirkan pasti itulah yang terbaik untuk setiap hambanya. Aku kecewa? Of course la kecewa tu sedikit sebanyak pasti ada. Jika pengunduranku adalah yang terbaik untuk dirinya..itulah jalan yang aku pilih meskipun hati ini sedikit berat untuk melepaskan..
>saya harap  kata hati saya tentang awak kali ni, adalah benar<

Tuesday 23 December 2014

HATIMU BUKAN UNTUKKU





Nampaknya semua ni bukan lah mimpi..mahupun fantasi. Imaginasi saya selama ni tiba2 menjadi realiti. Hati saya bukan nya lagi terpenjara dalam hati awak. Rupa2nya ada kunci yang telah berjaya membukanya dan membebaskannya. Saya...saya kecewa sangat. Kecewa. Awak tau? KECEWA, SEDIH, hati saya kini sakit,pedih, remuk redam saat saya mengetahuinya. Kesakitan yang paling sukar untuk diubati dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh.Awak pernah tengok kaca jatuh?? Pernah kan? Macam tulah hati saya. Walaupun awak berusaha menggunakan apa2 bahan pon untuk mengembalikan rupa asal kaca itu,takkan ia kembali seperti asal. Dan walaupun ia telah dicantum semula awak yakinkah semua cebisan tiada yang tersisa disaat awak cuba mencantumkannya?Tidak kan? Setiap daripada kita tahu perkara itu. Manusia kadangkala berkata sesuatu perasaan bersungguh-sungguh tapi tiada jaminan sampai bilakah perasaan itu boleh bertahan lamanya sebagaimana ucapannya yg ber sungguh2. Mungkin sedikit sukar untuk saya jelaskan apa yang saya maksudkan ini.


Sebelum ni,saya sukar untuk percaya kata2 awak kerana saya risau/takut jika saya memgang kata2 itu dan menyimpannya. Tapi awak,berusaha ingin membuat saya percaya serta meminta saya agar memberi ruang untuk awak ber kata2. Ketika itu,saya masih mempunyai 50% kepercayaan pada awak(ketika itu kita masih bersekolah) Lama kelamaan setelah masing2 mendiamkan diri dalam masa beberapa bulan,awak mula mencari saya dengan cara berhubung dengan saya. Paling kurang kita akan mesej atau call 1 bulan sekali. Itu cukup membuatkan saya bahagia. Awak suka dengar cerita saya,saya dapat rasa awak terhibur dengan saya. Kemudian lama2 saya mula mempercayai awak lebih dari tidak mempercayai.. mungkin 60% kemudian sedikit2 kepercayaan saya pada awak semakin meningkat menjadi 80%. Untuk sampai ke tahap 90% dan seterusnya 100% masih belum pasti. Tapi sekarang ianya MUNGKIN hanya tinggal 30%.

 Mudahnya hati awak beralih arah ya? Hebat...memang hebat. Saya nak belajar dari awak, Bagaimana ingin mendidik hati yang DARIPADA mengingati serta MENYAYANGI seseorang SEPERTI orang TIDAK NORMAL(yang pernah awk katakan) kepada hati yang mungkin sudah tiada langsung istilah menyayangi seseorang itu bahkan mencintai??


Saya masa tu seolah-olah tidak boleh lagi menerima awak disaat awak katakan bahawa awak sudah bersama orang lain. Awak kata dia hadir dikala sedang kesunyian hingga awak terasa awak bersyukur dengan kehadirannya dan boleh pulak awak kata bahawa awak telah TERTERIMA dia? Hah... lawak sungguh. Awak ingat dia mainan yang boleh awak main semasa awak sedang sunyi dan membuang disaat mainan lama awak telah pon awak temui. Ok,fine.. awak ada masih ada hati dan perasaan berperikemanusiaan. Awak rasa seolah-olah tidak adil jika awak meneruskan tindakan itu. Awak fikirkan bagaimana dengan perasaan dia jika awak meninggalkannya dan melukakan hatinya untuk kedua kalinya. Tapi adakah awak fikir pula bagiamana perasaan saya? Adakah awak fikir semua tu? Perasaan saya sebelum awak mula menerima dia? Awak fikir tak perasaan saya yang selama ni sentiasa menantikan awak penuh sabar, tanpa jemu? Sebelum ni awak fikir semua tu? Tak kan? Apa yang awak  fikir ketika itu mungkin, awak just terimanya sebagai seorang peneman bagi menghiburkan awak sewaktu awak sunyi. Awak sudah gembira bersamanya sehingga awak tasa tertewas dan tak sedar. Mudahnya hati awak terima dia. Mudahnya awak melupakan saya. Saya akui, sebelum ni awak menjelaskan pada saya agar tidak terlalu berharap takut ianya akan terjadi sebaliknya,seperti sekarang ni. Ye saya tau,tapi selepas itu awak terus saja mesej dengan saya,otp lah semua tu..awak ingat saya ni robot yang boleh mesej dengan orang lain kerap kali tanpa ada apa2 perasaan. Awak tau? Sedikit sebnyak tindakan awak kerap berhubung dengan saya membuatkan saya mula menyimpan harapan pada awak. Awak perlu tahu tu. Harapan seseorang bukan hanya terletak pada kata2nya dengan cara "bercakap ingin bersedia menunggu" tetapi ia turut terletak pada tindakan seseorang tu. 


Awak nak tau? Saya tak perlu mana2 insan yang bergelar lelaki sebagaimana awak yg memerlukan perempuan untuk menjadi teman semasa saya sunyi semasa ketiadaan awak disisi. Kerana saya hanya mengingati awak dan bagi saya insan lain yang hadir menemani saya takkan sama dengan awak. Mungkin,saya ni tiada ertinya bagi awak,kerana itulah hati awak mudah beralih arah.. Baiklah ye,saya faham hati manusia lain. Tidak ada gunanya saya terus membahas tentang hati orang lain. Setelah itu awak bagi saya pilihan. Awak boleh saja meninggalkan dia jika itu yang saya inginkan.Awak fikir adakah saya sekejam itu? Saya seperti awak,berada dalam keadaan yang serba salah. Tapi jika diikutkan,siapa says untuk membuat keputusan itu. SIAPA SAYA PADA AWAK? SAYA SEDAR SIAPA SAYA.Hanya sekdar teman sebagai penghibur hati dikala awak kebosanan sewaktu duluKAla. Saya juga tak berhak memarahi perbuatan awak mahupun membenci awak,itu soal hati awak. Awak fikirkan perasaan dia sekarang ni,begitu juga saya yang bukan sekadar memikirkan perasaan dia bahkan turut memikirkan perasaan awak. Awak boleh kata semua dengan saya, adakah awak boleh katakan semua ni pada dia?



 Saya ingin pergi..pergi jauh dari awak tapi awak menghalang saya. Awak mahu kita terus berkawan. Tapi, disebalik tabahnya saya untuk terima semua ni, masih terselit satu kelemahan. Saya tak cukup kuat untuk terus berhubung dengan awak. Saya berusaha untuk memadam nama awak dalam hati saya tapi saya yakin,ianya bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana belum pernah saya memadamkan nama sesiapa lagi,awak lah yang pertama yang ajari hati saya untuk mula menerima dalam masa yang lama. Namun, saya tersilap,lebih baik saya anggap perkara sebelum ni sebagai hiburan yang tiada kaitan dengan perasaan. Mungkin saya juga perlu menganggap allah hadirkan awak dalam hidup saya agar saya mengenal sedikit tentang apa itu cinta terhadap insan yang bergelar lelaki. Apa yang saya belajar dari awak ialah CINTA TAK SEMESTINYA HARUS DIMILIKI, KADANGKALA KITA HARUS MEMBIARKAN IANYA PERGI WALAU TANPA KERELAAN HATI KERANA APA YANG PENTING, KITA DAPAT MELIHAT DIA BAHAGIA MESKIPUN KITA BUKAN PILIHANNYA. CINTA JUGA MENGAJAR SAYA AGAR LEBIH TABAH DALAM MENERIMA SETIAP CABARAN.  


Peluang kedua itu saya tak jamin,insyaallah ada..tapi belum tentu sama seperti kita yang sebelum ini..


♡TeRiMa KAsIh AWak, kEraNa PErnAh hAdIr DaLAm hiDuP sAyA dAn pErNaH meMbUat HiDuP sAyA cERIa mESkiPuN     hANya SEmenTArA♡  +_+  ~_~ 





Monday 15 December 2014

Semoga Awak Bahagia


Awak..saya rindukan awak. Saya bagi mesej sebegitu bukan bererti saya dah tak suka pada awak mahupun untuk terus melupakan awak. BIBIR saya mengungkapkan "awak pergi sajalah dengan sesiapa saja pilihan awak, awak tak perlu fikir apa saya akan kata kerana apa yang penting adalah kebahagiaan awak" . HATI saya pula berbicara "awak.. tunggulah saya,jangan pernah tinggalkan saya kerana saya sayang kan awak dan sentiasa menantikan awak. Dan AKAL saya pula berkata "lupakan saja semua rasa itu,jika ada jodoh tak ke mana". Mulalah saya pula membuat andaian agar berusaha melupakan awak.. "Bila saya SENTIASA MEMIKIRKAN AWAK belum tentu awak masih akan memikirkan saya. Bila saya RINDUKAN AWAK,belum tentu awak akan merindui saya. Bila saya masih INGIN PEDULI PASAL AWAK, belum tentu awak masih ingin mengambil berat tentang saya. Dan bila SAYA MASIH MENYAYANGI AWAK, belum tentu awak akan masih menyayangi saya." 

Awak.. maafkan saya kerana saya cuba untuk melupakan awak kerana ini saja cara yg terbaik untuk saya mengubati kedukaan di hati saya ini. Saya mengalah daripada mengingati awak adalah bersebab. Bukan kerana hati saya dah berubah pada awak tapi semua itu kerana hati awak yg berubah terhadap saya. Saya tidak boleh mewujudkan kembali perasaan awak yg lama itu terhadap saya kerana awak sendiri yang mengawalnya. Saya dah cuba hadir kembali dalam hidup awak serta berusaha untuk buat awak gembira seperti dulu. Tapi awak sudah ambil x peduli lagi semua tu. Saya harap sangat awak kata apa2 setelah mendapat mesej tersbut yg berkisar tntang luahan hati saya. Awak nak berjumpa dengan saya tapi pelbagai aral yang melintang. Bila difikirkan semula ada juga hikmahnya kenapa kita tidak boleh bertemu. 
1)saya tak pernah ke luar bersama kawan2 tanpa pengawasan sesiapa..dan mesti mak ayah tak izinkan. Saya pon memang tak biasa..
2)bila awak datang rumah tunggu di jalan saja nanti saya akan pergi ke jalan depan umah jugak kan,apa pulak kata jiran. Tak pasal2 nama mak ayah akan dikaitkan.

Kebetulan saya baru bangun tido masa awak call dan ajak saya keluar,saya ni kalau baru bangun tidur memang lain macam sikit.. mamai agaknya. Saya ingatkan awak nak jumpa saya untuk menjelaskan sesuatu dan memberi pendapat tentang mesej saya.Tapi stakat nak tengok muka saya.Tapi hmm,,, harapan saya meleset. Awak just terima tanpa berkata apa2 pon tentng apa yg saya sampaikan tu.Awak just tanya je kan  "Kenapa saya send  mesej tu" awak seolah-olah tidak cuba memahami betul2 apa yg saya cuba sampaikan. Saya memang berharap sangat awak kata sesuatu seperti dulu bagi memujuk hati saya agar saya tidak mengundurkan diri.Mungkinkah ini saat yg awak tunggu2kan? Saya kecewa..

Saya tak nak awak tahu apa yg saya rasa sebenarnya. Walaupun awak mungkin tak perasan apa2. Mungkin awak fikir "apa salah awak,kan? Ini melibatkan hati sebenarnya. Hati..Takpelah,saya tau mungkin awak takkan buka n baca lagi blog ni kan kira oklah tu..awak tak perlu tahu kesedihan saya. Biarlah sekadar diri ini yang mengerti. Saya dah tak tahan nak melaluinya sendirian jadi,saya meluahkan segalanya pada kawan saya. Dia mengatakan saya ni "BODOH.. kerana asyik fikir pasal perasaan orang dan kebahagiaan orang je dari dulu. Kebahagiaan diri sendiri macam mana? Sampai bila nak jadi macam ni? Saya tak boleh nak pentingkan diri.. Jadi dia menyokong keputusan saya 100% untuk melupakan awak. Dia marah pada awak sebab baginya awak mempermainkan hati saya yang  telah sekian lama menunggu namun tiada hasilnya. Saya dah jelaskan pada dia, "saya tak perlu nak kesal dan marah pada awak kerana sebelum ni awak telah beberapa kali memaklumkan agar tidak terlalu berharap, dah saya ni yang tak reti bahasa agaknya tak paham jugak apa yang awak telah sampaikan.."  Hmm.. semoga awak bahagia..


Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat2 bersamamu
Gurau senda dan tawamu

Namun kita tak dapat bersatu
Berakhir sudah cintamu
Biarkan saja hatiku bicara
KU MASIH SAYANG PADAMU

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama sesiapa 
Selamanya..

Mengapakah kini hati mu berubah
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia meski kita tak bersama
Kerana kau berhak bahagia..

(LyricEdited > papinka)

Thursday 16 October 2014

Cinta Sejati?

Cinta? Apa yang kita faham tentang cinta?Cinta pandang pertama.Cinta sejati.Wujudkah ia? Pada zaman metromillenium ini begitu sukar untuk kita benar2 mendapatkan cinta begitu.Entri kali ini bukan bererti saya nak mempertikaikan kewujudannya. Saya sendiri sebenarnya belum begitu arif mengenainya.Namun,setelah diamati dengan pelbagai kemelut yang timbul menyebabkan sukar untuk dipercayai kewujudan cinta sejati itu sendiri. Cinta yang berteraskan nafsu semata-mata?  Cinta kah itu? Cinta disebabkan kebendaan(material) semata-mata. Cinta kah itu? Begitulah gamaknya cinta manusia terhadap manusia. Pelbagai persoalan yang timbul dalam benakku. Namun, cinta yang benar2 cinta hakiki ialah satu2nya cinta pada sang pencipta kita iaitu Allah s.w.t. wah2 dah macam ustazah la pulak. Saya pon tau yang saya bukan seorang yang sempurna dari segi iman,  kebaikan, mahupun dari segi apa pon.Tapi percayalah, Allah adalah satu2nya yang menerima kita semua ni seadanya. Jika kita berjalan menuju ke Allah, Allah akan berlari untuk ke kita. Berbalik pada cerita saya tadi, jika kita ingin benar2 menginginkan cinta yang sejati, cintailah pencipta cinta itu dahulu. Nescaya kita akan dapat juga cinta sejati suatu hari nanti. Percayalah!

SANBUNGAN >>>>

Wednesday 30 April 2014



 Aku tidak mempunyai keberanian terhadap sesuatu iaitu.. untuk menatap wajahnya.. sedangkan,aku sangat merinduinya.Ingin sekali aku memandangnya di hadapanku tapi.. aku hanya ingin memandang dalam diam.Aku tidak mahu dia mengetahui bahawa aku sedang memerhatikannya.
Ada satu hal yang membuatkan aku rasa hmm... entahlah,aku sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana.Tapi yang pasti aku risau sekiranya aku ni seolah-olah "double s"(syok sendiri) walaupun aku dah tahu yang dia suka aku.Cuma sekarang ni kita tak dapat nak jangka perasaan sebenar dia macam mana.Maklumlah.. dia dah habis sekolah dan berjumpa dengan ramai orang.Tadi..dia datang sekolah,hati aku seolah-olah ada suatu perasaan yang ahh.. nyaman disebalik debaran tapi.. muka aku biasa je,kawan2 aku sendiri pun tak tahu perasaan aku ketika itu.
Masa terserempak di sesuatu kawasan pun,aku buat biasa2 je padahal.. kami berdua bertembung.Masing-masing buat macam tak kenal je.Kalau masa zaman dia sekolah dulu,geng dia selalu bahan2 dia tapi..kali ni tak.Dulu memang aku tak suka dibahan,tapi sekarang ni aku rasa rindu pulak nak dibahan haha.. lawak lah.Kalau kena bahan pon dengan geng aku,malu.. apatah lagi depan cikgu argh.. kalau bab tu aku tak suka.
Aku tak tau sama ada dia masih menungggu aku ataupun dia dah menemui seseorang yang telah boleh membuka kunci dihatinya.Yang pasti buat masa ni,hati aku belum boleh melupakannya tapi dia.. itu aku tak tahu.Cuma segala-galanya aku serahkan kepada Allah..Takdir bukan terletak pada tangan kita.Walau setia mana pun aku menantinya.. tapi kalau dah takdir tertulis sebaliknya,aku harus menerima dengan hati yang terbuka..